Kehidupan awal Kenny G

Kenny G dilahirkan di Seattle, Washington. Ibunya berasal dari Saskatchewan, Kanada. Keluarganya beragama Yahudi, dan beliau dibesarkan di Seward Park, yang merupakan pusat komuniti Yahudi di bandar itu. Beliau mulai tertarik dengan saksofon ketika mendengar persembahan di The Ed Sullivan Show.[1] Beliau mula bermain saksofon, alto Buffet Crampon, pada tahun 1966 ketika berusia 10 tahun.[3]

Kenny G bersekolah di Whitworth Elementary School, Sharples Junior High School, Franklin High School, dan Universiti Washington, semuanya di bandar kelahirannya, Seattle. Ketika beliau memasuki sekolah menengah, beliau tidak dapat menyertai kugiram jazz namun mencuba nasib sekali lagi pada tahun berikutnya dan menerima pelawaan.[4][5] Rakan sekelas beliau di Franklin High School, Robert Damper (piano, keyboard) bermain dalam kugirannya.[6][7] Semasa belajar di sekolah menengah, beliau menghadiri kelas saksofon dan klarinet dari Johnny Jessen, seminggu sekali selama setahun.

Beliau juga ahli pasukan golf sekolah menengahnya. Beliau telah menjadi peminat sukan ini sejak abangnya, Brian Gorelick, memperkenalkannya kepada sukan golf ketika beliau berusia sepuluh tahun.[5]